Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-251
Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-251

Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-251

Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-251 pada 24 Januari 2019 diadakan di Istana Negara, Jalan Duta. Ia dipengerusikan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.[1] Mesyuarat ini khas kerana bertujuan untuk memilih Yang di-Pertuan Agong yang baharu berikutan Sultan Muhammad V turun takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong XV.Pada asalnya, Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-251 ini dijadualkan berlangsung pada 27 – 28 Februari sebagai mesyuarat biasa.[2] Sehari selepas warkah peletakan jawatan Yang di-Pertuan Agong itu diterima, Majlis Raja-Raja terus mengadakan mesyuarat khas untuk menetapkan tarikh pemilihan Yang di-Pertuan Agong.[3] Daripada pengundian ini, Raja-Raja Melayu telah memilih Sultan Pahang baharu, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong XVI serta melantik semula Pemangku Raja Yang di-Pertuan Agong, Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh lima tahun bermula 31 Januari 2019.[4] Kaedah pemilihan dalam pusingan kedua Yang di-Pertuan Agong, diperuntukkan Seksyen 4(3) dan (4) Jadual III Perlembagaan Persekutuan.